When your lonely,
i wish you love,
when your down, i wish you joy,
when things get complicated, i wish you faith
when things look empty, i wish you hope !

Tuesday, January 17, 2012

menangis Airmata darah!

assalamualaikum...
sedih...huhuhuhu...hanya itu yg mampu aku katakan...
hr ni paper kedua terakhir aku utk sem ni...gembira?apa????????gembira sbb tu tandanya exam aku semakin menghampiri penghujungnya..tapiiiii....
aduhaiii..apa laa nasib..nasib si ikan kaloi!...
xda maknanya gembira nak habis kalau jawab exam mcm *&^%****** (entah aku pun xfhm apa ni)...
nak dijadikan cerita..hari ni exam pengajaran bahasa Melayu...elllah tu pun nk kecoh..dlm bhs melayu pun nk kata susah..apa laaa...
hotak ko senang...cuba ko jawab utk aku..cuba klu bijak sgt..entah2 ko xbc ko dah pengsan..(adoii emo plak aku dgn spesies2 yg stereotaip mcm tu!)
nmpk senang laa beb...ko xrasa apa yg aku rasa..boleh laa ckp mcm tu...

adoii...terpesong plak..hahha...ok kembali ke tajuk perbincangan asal..
pasal exam td..aku dh cuba jawab sehabis baik...mmg xdinafikan soalan susah nk fhm..
lg satu kesilapan & kecuaian yg aku buat....buatkan aku nak menangis air mata darah!!!...huhuhuhu
aku xjawab soalan WAJIB!...aku xperasan kena jawab soalan satu (1) sebagai soalan wajib.
gelojoh sgt nk jawab soalan bukan sebab apa...sebaba tkut xsempat nk jawab 3 soalan dalam masa 2 jam...
dala kegabraan, takut xsempat jawab...tgk2 yg wajib pulak xjawab...mmg bagus & terbaik laaa kan..huhuhuhu...
aku crik jgk soalan wajib td..sebab Dr dah ada bgtaw ada soalan wajib..tp xjumpa...xplak terfikir nk baca arahan sekali lagi...adoiii....cuai2...
ni laaa kesilapan paling memalukan di abad ini...huhuhu

dr dulu lagi cikgu aku selalu pesan jawab exam sila baca arahan dengan baik dan teliti. nanti takut terpesong dan xmenepati kehendak soalan...huh..dah bertahun-tahun exam & 4 sem aku exam kat U ni..tiba2 sem ni pulak xreti2 nak baca arahan dengan baik dan teliti.
risau aku efect kat markah nt...takut...huhuhuhu...aku xtaw dh nk ckp apa lg...tawakal je laa..sebab dh usaha jg..doa itu insyaAllah sentiasa...^^
yg pasti ada hikmah dan pengajaran di sebalik semua ini...
tu laa orang kata berhati-hati..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..

terima kasih jg kepada kawan-kawan yg sentiasa ada apabila aku memerlukan...^^

~sekadar ekpresi dahlia drku utkmu~

Monday, December 26, 2011

Trip 2 Broga Hill

salam semua...
selamat bercuti..hehehe...
hari ni dah stat minggu study week, tapi aku masih lg melagha...trok btol! (jgn tiru aksi ini ok)
ok laaa tujuan sebenar den update blog ni sebab nk cerita sikit aktiviti hujung minggu yg lepas...
di pendekkan cerita-------------->>>

23 Disember 2011
 pukul 12 dah siap2 dh sebab drg janji nak kumpul pukul 12 tgh malam ok...bukan tgh hari...heheeh
tapi faham2 laa dh nama pun Melayu kalau bab2 jam ni xnama Melayu laaa kalau xtersasar..
ktorg berkumpul kat kolej 5 sebelum bergerak ke destinasi. ekspedisi kali ni disertai oleh 15 anak muda sejati ..wah sejati kerrr? xpayah sebut nama kot...hahaha..xpe nt tgk gmbr ye..klu rajin nt aku letak..hehehe...
okey laa apa kata usha gambar-gambar kat bawah nh...harap terhibur..^^

singgah isi minyak dulu...


pekerja minyak..hahaha


singgah isi perut pulak


lepas makan ktorg teruskan perjalanan.sampai kat Broga (bukan puncak ok..kat parking kereta ja) kira2 dalam pukul 3 lebih kalau xsilap..lupa laa...hehehehe
sampai2 ktorg kena buat senaman meregangkan otot2 supaya xberlaku kecederaan nt. kata-kata nasihat dari ketua ekspedisi kami Abdul Rahman Siham. nasib baik laa dia ni ketua yg sgt bertanggungjawab memastikan kami semua selamat sepanjang ekspedisi..terima kasih man..hehehe

sebelum mendaki mari bersenam..regang2kan otot.

bacaan doa sebelum ekspedisi bermula
aku nak ceta sikit pengalaman aku naik broga ni...mak eh..xtaw aku nk ckp apa...sgt2 mencabar laa bg aku yg 1st time join eskpedisi mcm nh..& bg yg kurang bersenam ataupun kurang aktif bersukan ni..mmg memerlukan stamina yg tinggi laa klu nak mendaki..tambah2 pendakian pd waktu malam..dah laa xda torchlight lagi laa nyaya..memang terbaik laa..xnampak apa2 beb..mmg redah je laa apa yg ada...hahahah
tapi tu laa nsb baik team & ketua team kami ni sgt baik & bertanggungjwab..hehehe

baru dua tiga langkah..xsampai kaki bukit lagi dh tercungap-cungap..semput...hahahaha..aku xdpt bayangkan laa mcm mn aku boleh sampai ke puncak broga...mcm xpercaya ja..haizzz...
paling mencabar aku rasa time nak panjat bukit yg sgt curam & licin..sikit lagi aku nk tergelincir & tergolek...
adusss takut aku..mn taknya curam giler kot..dh kasut aku xcengkam..aku rasa kalau aku tergelincir mmg...xtaw laa nk ckp apa...fuh..nsb baik tak...^^,
dipendekkan cerita..dengan semangat yg cekal, tabahkan diri dan semangat kental...Alhamdulillah ahernya sampai jugak ke puncak bukit broga setelah hampir sejam setengah kalau xsilap pendakian kami.

Aktiviti seterusnya..berehat sementara menunggu hari cerah.



hey ladies...shahida & azimah..
apa ni?bukan plastik buang bayi ok..hehehe..ni sejadah kami..

semua xsabar nak tunggu hari siang..







ok...hari dh nak cerah...


transition..



kasut bro abbam lapar...lawak..

24 Disember 2011 (sabtu)


ha ni laaa 15 org muda tu..muda tak?hehehe


amek gmbr perkara paling wajib tu...



dah selesai sesi bergambar kat puncak broga tu tiba masanya kami nak turun..sayangnya team kami xdapat nak tgk matahari terbit sebab cuaca mendung sikit & kabus sgt tebal...tapi xpe laa..jnji dh pernah sampai broga hill..hehehe
ok jom sambung usha gambar kami..



masa untuk turun



curam...

mari bergelongsor...





lalang pun nk amek..^^



3 biji semuanya... 1 kereta mewah ..
tapi xberpeluang nak naik..huhu



aktiviti seterusnya...kita carik tempat utk mandi manda...weee~~...jom2..

semangatnya bdk2 llki tu..haizz

cool


ladies...tapi ada sorang tu xfhm bhs...hahaha



lepas mandi ktorg p crik tempat makan pulak...lapar lepas mendaki & mandi manda..hehehe..
dah sampai Um ktorang raikan bfday pak ya..manusia yg paling byk ckp sepanjang ekspedisi...hahaha
let's check it out!


kek choclate apa ntah...

konon2 nak bincang pasal something..

wajah ceria pak ya sbb dpt kek!

malu2 pulak drg tu...hahahaha


lambat sgt nak potong



awang dh xsabar nak makan kek..tapi pak ya nk pose dulu..hahaha

pink gitu...hahhaha

lepas sesi makan2 kek...kami pun bersurai..best dpt berekspedisi dgn drg nh...ceria2 belaka...& paling penting xbanyak ragam & songeh..semuanya mantain cool waaupun etih & mengantuk...hahahaha...
semoga dpt lagi bersama korang di lain program..korang mmg terbaik...^^

peserta yg terlibat, calon-calonnya ialah:
1.Abdul Rahman Siham (ketua Ekspedisi)
2. Azhar Rosely 
3. Nuraini noi
4. Mimi sya
5.Nazuerah Marassan
6. Ideris Dowih  (tour guide)
7. Muhammad Rezdwan
8. Pak Ya
9. Shahida Shahidi
10. Azimah Bukhari
11. Bro Abbam (Urusetia)
12. Rashid Husin
13. Roof APM
14. Edi Farid
15. Azlizam

team yg gempaQ...terbaikkk semuanya..^^

~sekadar ekspresi dahia drku utkmu~













Misteri di Sebalik Makna Cantik



Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.
Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.
Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.
Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.
Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.
~ Dr H.M.Tuah~
Wallahu’alam….
-copy & pasted-

~sekadar ekspresi dahlia drku utkmu~

Friday, December 23, 2011

Last But NOT the Last...^^

ceria selalu ^^

dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim & salam..
uiii lamanya xjenguk blog nh...lama terbiar. mcm rumah terbiar dh eh.
mcm biasa laa alasannya maleh nk update...hehehe..

hr ni nak bgtaw seluruh dunia...opss..seluruh blog ja..yg sem 5 bakal berakhir...huhuhu..sodih pulok den..=((
sem ni xtaw knp...sgt2 mcm kelam kabut semacam.apa taknya..minggu ke-14 pun masih lg sibuk dgn asgmnt..haizzz..dulu2 xda pun..minggu ke-13 dh settle semua..tggu nak exam ja lg...semua dh berfoya-foya time tu.
tapi kali ni..hadoiii..xtaw nk ckp apa.byk giler ja aku rasa masalah & dugaan. tapi pokok pangkalnya masalah tu dtg dr diri sendiri kot..sbb prinsip yg dipegang selama ini xpernah berubah!...wahahahaha..prinsip apa???jeng..jeng...jeng...---------->>>>>

katakan YA!


suka buat kerja last minit! yeah PRINSIP kepala hotak sendiri mmg mcm ni laaa akibatnya.
bajet hebat beb tu yg suka buat kerja last minit..bila dh mcm2 masalah bru nak tersedar..dah terhantuk baru nak terngadah...nh bukan ja terhantuk weyh..nh sikit ja lg nak pecah kepala...time tu baru nak ingat a.k.a sedar diri.kalau aku buat awal2 mesti hasil asgmnt aku terbaikk...dpt AAAAA..berjuta-juta kali ckp benda yg sama. tapi dh terlambat laaa..xpayah nk bermimpi di siang hari. menyesal pun dh xguna..pdn muka! sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..hah hamek ko!

buat asgmnt last minit...dh nak hantar baru terhegeh-hegeh nak carik maklumat & buat bg siap. padahal ada yg dah bentang awal dh..tapi nk buat eseinya...tggu tarikh dekat2 nak hantar bru mula...baru rasa ada asgmnt! kalau x dekat ngn tarikh submit..jangan harap laaa nak siap asgmnt tu.bagi laa masa berapa tahun pun..klu xda tarikh datelinenya...sampai ke tua puun xsiap laa gamaknya...heheehe...dh perangai mcm tu maknanya bertimbun-timbun laaa asgmnt aku kena siapkan...byk jgk laa...buat asgmnt sekali harung..berjemaah laa katakan..lebih afdal!....banyak2 lebih bersatu dr satu...yer dak?haahhaa...bila dah byk asgmnt nk kena siapkan, tarikh pulak dah makin dekat...maka ketensionan, kesengalan, kestressan, kegilaan sudah melanda diri...kdg2 berjaga sampai pagi, lepas tu bgn awal2 pagi menghadap asgmnt pulak...sambung mengarang & menaip dgn tenangnya...adesss sgt laaa seronok!

biskut selamat dalam tin...TAPI


dan yg paling best...timbul pulak 'teori kelemauan'...hahahaaha...esti korang nk taw kan apa dia teori kelemauan ni?hahaha..klu nak taw laa..klu xnak..aku nak bgtaw jgk..hehehe.. ok Terori Kelemauan ialah kalau biskut duduk lama2 kat luar mesti lemau, TAPI kami kalau lama dh x keluar, kami akan lemau...kalau duduk lama2 berkurung dlm bilik kami jadi lemau...kami kan penggemar outing..klu x outing..hadoiiiiiii...lemau2..boring taw xkuar kalau asyik duduk kat UM ni mawnya ceria hingga ke akhir hayat...hahaha

takut nanti ni jadinya...hahaha




dengan berakhirnya minggu ke-14 maka bermulalah pulak minggu study week..weee~~..minggu ulang kaji??ha apa tu?wahahaha...minggu ni minggu utk ulang kaji pelajaran bg menghadapi peperiksaan nanti...tu orang lain..TAPI aku????apa aku buat stdy week nh?..komfom aku akan berjimba-jimba..berfoya-foya...& mcm biasa...stdy last minit! skali lagi rasa hebat menjelma dlm diri beb...(perasan hebat.padahal hampeh)..org malas mmg mcm nh..biasa laa PRINSIP kena pegang baik2...hahaha....entah bila laa nak berubah kan...aku sendiri pun dh letih..tapi tindakan xda..eh sapa ckp xda, aku pernah jgk try...tapi kan..xboleh nak istiqamah sebab semangat tu kdg kala tinggi sgt2..kadang kala rendeh sgt2...serendah dasar laut yg pling dalam...
xtaw laa kali ni sama ke x dgn stdy week sem2 terdahulu..wait & see laa org putih ckp..hahaha...nantikan update apa keroje yg aku buat time stdy week ni ea...

ok laa setakat ni ja laa..korang pun boring kot baca entry aku yg entah apa2 ni kan3...xpe laa..bg yg xsuka xpe..bg yg sudi baca TERIMA KASIH...^^

AMARAN!!! JANGAN tiru aksi ini yer...xbaik utk kesihatan..hehehe... (lain org lain caranya & ni bukan tips yg baik utk jd yg terbaik. mana yg baik jdkan teladan..tp aku rasa byk xbaik laaa...huhuhu..so xpyah ikut)

apa-apa pun SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN kepada semua sahabat handai, rakan taulan & kepada semua yg bakal menduduki peperiksaan...semoga dipermudahkan ALLAH segalanya..Amin..^^

=)))


~sekadar ekspresi dahlia drku utkmu~

Thursday, November 10, 2011


Assalamualaikum...sekarang ni jarang nak update blog....
kalau aku update tu ttg perkara yg aku rasa nak kongsi...bukan kongsi lu langsi lu mati okey...hehehehe...
ni aku nak kongsi kegeraman aku...sapa2 yang rasa menyampah...meluat...bengang nak baca...silakan utk mengabaikan entry ni.
xpayah nak buang masa kroang nak baca...klu tujuan hanya nk mengutuk...ok...

sebenarnya ada sesuatu yg berlaku kat aku dlm minggu sebelum cuti..
tapi xperlulah aku cerita apa yg berlaku kan...
cuma aku nak kongsi apa yg aku rasa ja...boleh kan3...huhuhu
aku rasa tertipu...teraniaya..
kalau ikutkan hati rasa nak maki2 ja 'orang2' tu...
tapi 'i am not like that'...& aku masih tahu untuk berbudi bahasa...
apa yang mampu aku buat ja ialah...update status kat fb & twitter...tu pun masih lagi aku berusaha utk tidak menampakkan apa yang aku rasai...
 aku sangat2 berterima kasih kepada kawan aku...mimi a.k.a mimi sya sbb sgt memahami
dan sentiasa ada di sisi aku tidak kira waktu gembira...sedih...sakit...bengang..dan sebagainya
ok ni laa antara status yang aku update sepanjang minggu tu...Alhamdulillah...hilang jgk sikit tekanan tu.






  • sikap yang suka menyusahkan orang lain pasti akan menyusahkan diri sendiri...percayalah! ALLAH itu maha adil...

  • umpama semut hitam ditengah2 malam yang gelap..xdapat dilihat dengan jelas...begitulah hati manusia...sukar untuk ditafsir...diramal...& difahami..

  • teraniaya atau menganiaya...mana lebih baik??

  • sesungguhnya semua ini mengajar aku erti kehidupan.

  • macam2 hal................
My Mood


  • lihatlah orang lain yg lebih susah dr kita...dengan itu insyaAllah kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki.

  • Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.
          ~i luv islam~

  • hey..geram betul aku dgn manusia yg............sabor je laa aku...=(((

  • ... apabila kamu berbicara, berbicaralah sejujurnya, sekalipun dia kerabat(mu) dan penuhilah janji Allah...  
         ~surah al-An'am ayat 152~

  • lain kali kalau xnak tepati jangan berjanji!

  • ramai yang boleh menjadi kawan...tapi xramai yg ikhlas untuk menjadi kawan.

  • ‎..."harta yang kamu kumpulkan dan apa yang kamu sombongkan, (ternyata) tidak ada manfaatnya buat kamu.
         ~surah Al-A'raf, ayat 48~

  • Di dalam hidup, bagi memastikan kita kekal di bawah lembayung redha Allah, perlu dipastikan kita melaksanakan semuanya dalam batasan syara', dan berusaha untuk ikhlas dalam melaksanakannya.
          ~ Hilal Asyraf of LangitIlahi.
  • jangan paksa aku buat benda yg aku xsuka!....melainkan Allah bukakan pintu hatiku sepenuhnya...
  • harap2 semuanya ok...Ya Allah permudahkanlah segalanya...amin...
  • ya Allah jika ini yang terbaik utk ku, Engkau permudahkan lah segalanya...jika sebaliknya engkau hentikanlah ia setakat itu sahaja...amin..
cukuplah kot..aku xpayah nak ulas panjang2...tapi serius aku sangat2 kecewa dengan orang tu.sebab aku berusaha untuk bersangka baik dan menjaga hubungan baik antara kami...tapi ini yang aku dapat...tak apa lah..sebab bukan saja2 Allah pertemukan kita dengan seseorang melainkan ada hikmah disebaliknya. kdg2 Allah menemukan kita dengan org yg salah utk kita kutip pengajaran daripadanya.

 "setiap org yg hadir dalam hidup kita mempunyai fungsinya yang tersendiri, kehadirannya bukan sekadar saja-saja, tetapi kehadirannya walaupun sementara adalah untuk memberikan sesuatu yang kita perlukan bukan yg kita mahukan".

~moral of the story: berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana tidak semua yang ikhlas terhadap kita.
kadang2 kawan pun boleh jadi musuh.tapi mintalah benda tu dijauhkan.

*kpd 'org' tu....jangan salahkan aku kalau aku jadi kurang ajar kerana aku belajar sesuatu dari anda juga!

Akhir kata maafkan aku sekiranya ada yg tersinggung atau kecil hati dengan tulisan nh.


*gambar sumber daripada en.Google.
Sekian.

~sekadar ekspresi dahlia drku utkmu~

Tuesday, October 4, 2011

ggugugugu...

xtaw dh nk letak tajuk apa...hehehe...
tapi di sini saya hendak mengisytiharkan bahawasanya...
saya telah membeli tiket untuk balik cuti sem nh....hahaahaha

pelik x???orang lain berebut-rebut beli tiket nak balik raya haji ni...aku??berebut-rebut beli tiket nak balik raya...raya jugak..tapi raya CINA....hahaahah
kenapa ak beli awal?jeng...jeng...jeng...
sebabnyaa....time nh tiket dah mahal...huhuhu...
tak percaya???meh tengok nh buktinya....hehehe

mahal dah...huhuhu







ha percaya tak?hehehe...bayangkan penerbangan pergi balik dah nak mencecah rm500..mahal tu beb...bagi org yang xberapa nak mampu macam aku nh...tapi bagi yang kaya-maya tu xda hal punyerr kan...
tapi xpa laa sebab balik punya pasal ak rela aku redha...*nyanyii dulu lagu redah*
padahal sebelum ni ak ada cek xsampai 3 hari kot...pergi balik baru ja rm 300...sakrg mesti lg mahal...kalu beli lambat lagi...lagi SUPER DUPER MAHAL....
haizzz....sabor ja laaa yop oii...adat belajar di negeri orang kan,..hehehe...

p/s:sesiapa nak tambang murah cepat beli tiket sekarang.tapi flynya tahun depan!...hehehe (tips nak tiket murah)


~sekadar ekspresi dahlia drku utkmu~














Sunday, October 2, 2011

silence is Golden



aku diam....tapi tak bermakna aku tak kisah...
tak bermakna aku setuju...
tak bermakna aku mengalah...
tak bermakna aku lemah...
tak bermakna aku suka...
tak bermakna aku gembira...
tak bermakna aku benci...
tak bermakna aku marah...
tak bermakna aku bla...bla...bla..
terlalu banyak untuk disenaraikan...terpulang dari segi mana anda menilai diam itu.

tapi diam aku kerana....
aku memerlukan ruang, masa dan kewarasan untuk berfikir dan membuat keputusan...
dan diamku juga kerana aku tidak mahu menyakiti sesiapa pun
aku juga tidak mahu wujud masalah atau perselisihan faham jika terlalu terburu-buru...
jadi lebih baik diam.

silence keep of the secret


tak perlu kata apa-apa


DIAM....
di dalamnya terkandung banyak rahsia yang sukar untuk kita rungkaikan.
sebab kadang-kadang diam itu "silence is golden". 
ada ketika nya diam itu lebih berharga ataupun lebih baik dari seribu idea yang kita utarakan.
diam juga membolehkan kita bermuhasabah diri.
diam memberikan kita ketenangan yang membolehkan kita untuk berfikir dan mendapat ilham.
diam menajamkan minda kita melalui pemerhatian dan penelitian.




diam mahal macam emas...hahahaha



setakat ni saja dulu...lain kali kalau ada idea aku tambah lagi.hehehe

*yang pasti diam itu tidak semuanya negatif...yakinlah diam itu juga indah.


~sekadar ekspresi dahlia drku utkmu~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...