When your lonely,
i wish you love,
when your down, i wish you joy,
when things get complicated, i wish you faith
when things look empty, i wish you hope !

Sunday, September 25, 2011

Penggemar makanan..hahahah

hujung minggu kali nh sangat2 beruntung & bertuah....
sbb dpt mkn free...tapi letih yop... >.<
acara makan2 nh bermula seperti berikut:

1. Rumah Terbuka SERUM

hari jumaat, 23/9/11..serum buat rumah terbuka..apa lagi...masa untuk makan!yay...hahaha


makcik2 nk menjamu selera...senyum dulu...

kami makan dulu yer...yg lelaki p masjid solat jumaat..hahaha
mesti drg sedikit kuchiwa 2 sebab xdpt nk makan dulu....sabar lah yer wahai lelaki...
tunaikan kewajipan anda dahulu!...


en.YDP & en.fizipraz


dah balik dr masjid dh....skrg masa untuk makan...lapar benor nmpknya drg nh...hahahaha


pelbagai juadah ada...

mai2 makan!



rendang daging & ayam masak pedas

kuih ni nama apa ea?kuih talam ke?


rojak buah pun ada....

tgk x gambar2 nh...banyak kan??kenyang sangat ak...sampai nk tertido kat rumah aqilah 2...
makanan banyak lebih...maw xlebih kan bajet makanan untuk semua MT & exco serum..yg dtg brp kerat ja..xsampai pun 10 org...ha macam mana laa nk habiskan tu?so apa lagi..xnak membazir ktaorg tapaw bawak balik laaa...hehehe...boleh jimat..malam xpyah makan kt kafe dh...ekonomi2...hehehe 

2. Taklimat RELA

program ni pula hari Sabtu, 24/9/11.
taklimat RELA anjuran Jabatan Belia & Sukan...
bertempat di Pusat Sukan. 
7.30 pagi-5 petang...letih beb...huhuhu


peserta taklimat tgh menjamu selera..



makan2...^^,



VIP di sana...


kami pun lapar jgk...

makanan tengah hari pun banyak lebih...boleh ajak 100 org makan lg...adoiyaiii...membazir laa kan....huhuhu...
apa lagi tapaw bawa balik...walaupun dh kenyang sangat2...tapi amek jgk sbb sayang kalau nak buang...
makan..makan...dan makan...*pengsan....hahaha

*walaupun dh ajak pakcik2 (sori panggil pakcik, xelok sbnrnya.. * ENCIK) pusat sukan makan...tapi lauk masih banyak... >.<


3. Rumah Terbuka Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ / kk11)

jom makan lagi!....hahahaha
sabtu,24/9/11 (malam)

ex-kktazian...bergabung semula...best.



tgk nh...ramainya....berebut!

hasilnya selepas berebut-rebut...kesian x?hahaa



2 ketul je lemang???




syukurlah...dpt jgk kan...heheh

adoiyaiii...klu ak sorang ak xjd nk makan weyh...baik ak naik bilik...berebut nak amek makanan...ak paling laa lemah dlm bab2 berebut nh...mcm org kebulur ja ak tgk semalam...mcm org somalia yg xcukup makanan...hahaha..lawak2...penuh giler kot dewan...kalau bab2 makan nh  tambah2 free memang laju ja kan...tapi cuba kalau kena suruh turun 'join' aktiviti...huh...hampeh...hahahaha...

dlm berebut-rebut 2 dpt jgk amek nasi ngn lauk...tgk laa nasi pun xmcm rupa nasi dh kan...rembat ja apa yg sempat..hahaha
lebih menyedihkan dh laa susah nk dpt makanan...tiba2 elok ja nasi ak tumpah...tu yg jadi mcm 2...hahaha...rezeki2...xapa laaa..janji dapat jgk dr xdapat langsung...


KESIMPULANNYA: 3hari makan percuma...a.k.a makan banyak!...huh...semalam ja...mcm dh seekor ayam kalau gabung ak ngn mimi makan...haiyakkkk...byk 2...super2 gemoksss laa nt...huhuhu...tapi nak buat mcm mn kan xkan nk buang...xbaik rezeki tu...nt klu Allah xbg langsung padan muka kn...(bg yg suka membazir tu!)


::. dalam rezeki kita ada rezeki org (makhluk) lain...^^, ::.

~sekadar ekspresi dahli drku utkmu~




Wednesday, September 21, 2011

wehuuu...

sarapan pagi utk hari nh....
menu yg sgt2 istimewa.....hahahaha
cuba teka apa makanan tambahan yg ada dlm makanan tersebut..






senang didapati di pasar raya yg berdekatan....& mudah disediakan...
selamat mencuba seemua....^^,


~skdr ekspresi dahlia drku utkmu~


Monday, September 19, 2011

i need U


dlm hidup ni kita sentiasa memerlukan...
xkiralah dari segi apa-apa pun...
tapi yg pasti kita sentiasa bergantung terhadap sesuatu utk terus hidup
fitrah kita sebagai manusia, sejak kecil...
malahan sejak dalam perut lagi kita memerlukan sesuatu utk hidup.
misalnya kita memerlukan seseorang utk mejaga kita, iaitu ibu, ayah dsbgnya.

tapi kita xpernah sedar semua itu hanya sementara.
kerana suatu hari nanti semua itu akan kembali ke tempat asalnya...
yang kekal hanyalah DIA...
pencipta sekalian alam...Allah s.w.t..


kita umpama layang2 yang memerlukan tali...
jika tidak bertali maka akan sesatlah kita...
kita ibarat tumbuh-tumbuhan...
yang memerlukan air, jika tidak pasti akan layu...





begitulah manusia...memerlukan Allah xkira dr aspek apa pun...
cuma kita sbg manusia yg sering lupa utk meletakkan pergantungan kita hanya pada-NYA....
kdgkala kita hanya ingat Allah apabila kita dilanda masalah, mendapat kesusahan , bencana & yg sewaktu dgnnya...
waktu senang, bahagia, suka & adik beradiknya...
kita selalu lupa pada-NYA...
lebih parah & menyedihkan lagi apabila waktu susah pun kita lupa utk kembali kpd-NYA
alangkah bongkaknya kita dgn pencipta kita...
& alangkah lemahnya kita sebagai hamba.






lazimnya, kita selalu dgr atau ucapkan' i need u' utk kekasih, kawan,keluarga dsbnya...
xpernah pulak kita setiap kali lepas solat berdoa ya Allah aku memerlukanmu.....
mungkin ada...tapi jarang-jarang...& mungkin ada yg xpernah langsung...
knp dgn manusia...kita boleh luahkan ' i need u'?
sdgkn kita tahu manusia akhirnya akan mati...
kdgkala bila susah terus xnmpk muka...jauh sekali nk tlg kita..
tapi Allah xpernah tinggalkan kita walau dlm apa jua situasi.
Allah akan tetap setia di sisi hambanya meskipun kita sering lupa pada-NYA

tahukah anda...bahawa kita memerlukan Allah setiap saat & ketika...bkn hanya di saat kita susah.
buktinya? setiap kali kita bernafas....Allah berikan kita nikmat utk terus bernafas, itu menunjukkan kita memerlukan izin dan pertolongan Allah utk terus bernafas di bumi milik-NYA.
jika tiada izindan pertolongan Allah, maka hari tu, saat 2\tu...tamatlah riwayat kita.
dan banyak lagi bukti yang boleh kita jadikan contoh melalui alam semesta ini.
cubalah cari sedikit ruang untuk berfikir dan memperbaiki diri.

percayalah...kita sentiasa memerlukan Allah setiap saat, walau di mana jua kita berada
walau siapa pun kita dan walau apa jua keadaan kita.




p./s:ak bukan siapa-siapa...ak juga seperti anda semua yg sering lalai & lupa...
sama-sama lah kita cuba utk menjadi hamba-Nya yg terbaik.


~sekadar ekspresi dahlia dr ku utkmu~

Thursday, September 15, 2011

Engkau Tidak Pernah Sunyi?

salam Syawal semua...^^,
entry kali nh ak nk share 1 artikel drpd LangitIllahi.
LangitIllahi nh byk artikel2 yang menarik dan berguna utk kita....
kwn2 klu rajin try laa baca k....

Motivasi: Engkau Tidak Pernah Sunyi

You'll never be alone ~ Picture by iNeedChemicalX of Deviant Art.
picture by iNeedChemicalX of Deviant Art.


Stress? Rasa tiada siapa bersama-sama? Tekanan belajar@kerja bertimbun dan merasakan diri sudah sampai ke limitnya? Akhirnya semua itu membuatkan diri rasa tersepit dan terhimpit? Rasa sunyi?

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.

Sesungguhnya, kita tidak pernah sunyi.

Mari kita lihat kehidupan yang lebih besar daripada diri kita ini.

Sesungguhnya Allah SWT menemani.



Melihat Alam Yang Luas

Mari kita lihat pokok-pokok yang berada di dalam hutan. Yang tidak disiram atau dibaja manusia. Bukankah mereka itu hidup mekar dan tumbuh melata?

Mari kita lihat pula ikan-ikan di laut yang tidak diberi makan jauh sekali dijaga oleh manusia. Bukan mereka itu hidup segar dan aktif sentiasa?

Mari kita lihat pula semut-semut yang tidak diternak atau disuap oleh manusia. Bukankah tiada antara mereka itu mampu bergerak dan meneruskan kehidupan mereka?

Mari kita kembali ke laut dan melihat seekor haiwan bernama Paus. Saiznya yang besar, pastinya memerlukan makanan yang banyak. Tetapi apakah manusia menyediakan? Tidak. Namun Ikan Paus tidak pernah mati kebuluran di tengah laut sekiranya ekosistemnya tidak terganggu.

Kita lihat ke awanan, berkepul-kepul gebu putihnya. Mengapa dia tidak jatuh? Apakah manusia yang menjaganya?

Kita lihat ke angkasa raya, bumi dan planet-planet lain bergerak mengikut orbit masing-masing, dan matahari pula kekal di tempatnya berpusing. Apakah manusia yang mengawalnya?

Dan kita kembali kepada diri kita saat kita masih berada di dalam rahim ibu.

Siapakah yang memberikan kita makan dan minum di dalam perut Ibu itu? Apakah seorang Ibu mampu menukarkan makanan yang dimakannya kepada khasiat-khasiat khas untuk bayi? Tidak. Jadi siapakah yang menjaga kita ketika itu sebenarnya?

Itulah dia Allah SWT.

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): “Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? [Surah Yunus ayat 31]

Dan Allah yang menjaga semua itu, wujud di sisi kita sentiasa.

Allah yang memberikan rezeki, yang menjaga dan mengawal semua itu tadi, berada di sisi kita sentiasa.

Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat [Surah Al-Baqarah ayat 214]

Sesungguhnya Aku amat dekat [Surah Al-Baqarah ayat 186]

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [Surah Qaaf ayat 16]

Tidakkah kita merasa selamat dan tenteram bila mengetahui hal ini?

Cuma persoalannya, apakah kita berhubungan denganNya?

Punca tekanan dan kesunyian yang sebenar

Dunia ini akan hancur. Harta akan habis. Anak dan isteri akan membesar dan menua, juga mustahil untuk mereka memberikan masa 24 jam penuh kepada kita. Rakan-rakan juga datang dan pergi, dan masing-masing ada urusan masing-masing.

Sekiranya kita meletakkan pergantungan utama kita kepada perkara-perkara yang fana ini, semestinya kita akan menghadapi tekanan dan merasa kesunyian. Kita akan diserang ketakutan. Takut ‘kehilangan’.

Itulah masalah kita sebenar. Tidak mempunyai hubungan dengan Allah SWT. Tidak bergantung dengan Dia, yang sebenarnya merupakan solusi kepada permasalahan kita. Kita tidak taat kepadaNya, kita melanggar perintah-perintahNya.

Ketiadaan hubungan dengan Allah SWT, adalah punca permasalahan kita.

Penutup: Kita Tidak Pernah Sunyi

Sesungguhnya rezeki itu ada. Bagi yang berusaha dan taat. Sesungguhnya bahagia itu ada. Bagi yang mendekatiNya dan merapat.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. [Surah At-Talaq ayat 2-3]

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. [Surah Al-A’raf ayat 96]

Jadi apa lagi?
Mari lihat semula kehidupan kita. Muhasabah hubungan kita dengan Ilahi.
Sungguh, melihat alam itu sahaja sudah memberikan kita motivasi.
Inilah dia motivasi daripada Ilahi.

by Hilal Asyraf




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...