When your lonely,
i wish you love,
when your down, i wish you joy,
when things get complicated, i wish you faith
when things look empty, i wish you hope !

Tuesday, February 15, 2011

haRi yg IstiMeWa

Assalamualaikum semua...
mulakan hari mu dgn senyuman & disertai dgn ucapan Alhamdulillah krn kita msih diberi peluang utk terus bernafas...utk terus berpeluang melakukan aktiviti harian kita tanpa sebarang masalah. 
jika ada yg menghadapi masalah...bersabarlah krn itu semua ujian dr Allah utk kita.
& itu juga bukti Allah msih sygkn kita & xperrnah melupakan hambanya.

ok tjuk entry kali nh....hari yg istimewa....nape ea?
cuba teka....hehehehe...
xpe laa...nh ak nk kabo kt korang...hr nh istimewa sgt sbb....hr nh merupakan maulidur Rasul...
ak rasa suma taw apa mksd maulidur Rasul kn...
klu ada sapa2 xtaw 2....
ha hari nh laaa permulaan yg membawa kpd kemunculan Islam krn hr nh laa lahirnya pesuruh Allah yg telah menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
hr nh jgn silap pulak...bkn tarikh 15 Feb 2 yg penting,
 tapi tarikh dalam kalender Islam, iaitu 12 Rabiul Awal tahun gajah...atau 20 April tahun 571M.

hr nh genap laaa 1379 tahun nabi Muhammad S.A.W meninggalkan kita...
namun sunnah & peninggalan Rasullah tetap subur hingga skrg...
jom kita kongsi sikit riwayat hdp Rasullah...



         Nabi Muhammad S.A.W  adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di MakkahArab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


Rasullah dilahirkan di kota Mekah pada hari Isnin, iaitu pada 12 Rabiul Awal. Rasullah diberikan nama Muhammad  yg sblm ini xpernah digunakan oleh bangsa Arab.
Ibu Rasullah bernama Aminah & ayahnya bernama Rasullah..
Rasullah kehilangan ayahnya ketika dlm kandungan lagi & kehilangan ibunya 
ketika berusia kira-kira enam tahun. Rasullah juga mempunyai ibu susuan, iaitu Halimatus Saadiah.
Rasullah dijaga oleh bapa saudaranya, iaitu Abu Talib.
Baginda juga telah berkahwin dengan saiditina Siti Khadijah.
Setelah menerima kerasulan & wahyu drpd Allah, Rasullah telah berdakwah secara sulit selama 13 tahun & berdakwah secara terang-terangan selama 10 tahun.
Oleh disebabkan byk cabaran yg dilalui oleh Rasullah dgn perintah Allah 
& utk menyebarkan Islam...
Rasullah bersama-sama org Islam telah berhijrah ke Madinah.
Setelah kedudukan Islam kukuh di Madinah, Rasullah telah keembali ke Mekah... 
Rasullah telah berjaya memasuki kota Mekah disebabkan perjanjian Aqabah telah dicabuli oleh org Quraisy. 
Akhirnya Rasullah telah berjaya membuka kota Mekah.



kt sini ak nk kongsi sikit pesanan terakhir Rasullah utk umatnya, iaitu kita semua....

PESANAN TERAKHIR RASULLAH (isi KHUTBAH TERAKHIR)  
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimindi antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
walaupun sdh beribu tahun Rasullah meninggalkan kita, namun kasih syg baginda xpernah meninggalkan kitaa walau sesaat...
smoga dgn mengingati MAULIDUR RASUL & menghayati riwayat hdp baginda....
 kita dpt menyemai rasa cinta terhadap Rasullah...
smoga kita tergolong dlm kalanagan umat Nabi Muhammad yg mendapat syafaat baginda.
p/s: sekadar sedikit perkongsian.jika ada yg salah tlg betulkan...sbb tkut2 fakta 2 ada yg tersilap...tq~...^^,
terima kasih krn sudi membaca...
sumber: pesanan terakhir Rasullah
~sekadar ekspresi dahlia drku utkmu~  

   

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...